Mukaddimah Seni
Mutakhir ini kita digemparkan isu tatoo yang menjadi kontroversi kerana festival telah dijalankan di negara kita. Pesta Tatoo yang dibanjiri hampir kebanyakan bogel kecuali menutup kemaluan sahaja, pakai cawat dan mengatakan ia adalah satu seni.
Persoalannya adakah ia seni? Menurut saya, seni itu fahamannya berbeda bagi setiap individu. Ada yang menyukai seni, bahkan ada mengharamkan seni secara TOTAL atau sepenuhnya kerana bagi mereka seni itu melalaikan.
Seni ini wujud bukan dua hari lepas ataupun 200 tahun yang lepas. Seni ini lahir bersama sama dengan manusia. Sebab itulah Picasso ada menyebut semua orang dilahirkan sebagai artis atau orang seni tetapi bergantung pada pembesarannya. Jika dia dibesarkan dengan pemikiran dia terencat seni, atau dia tak pandai berlakon, tak pandai menyanyi ataupun dia tak pandai melukis? Itu semua merupakan perisian yang dimasukkan dalam pemikiran walhal itu semua hanyalah satu rekayaksa.
Saya pernah semasa belajar dahulu diketengahkan seni menyanyi Qasidah. Islamist nak elak kata menyanyi mereka guna perkataan mengalunkan bait-bait qasidah. Padahal itu semua sama. Lagu dalam lirik yang memuji Rasulullah dan ahlil Bait.
Selepas selesai, saya menuruni tangga dan menuju ke ruangan bawa untuk mengambil selipar. Ada seorang budak pondok menegur saya. Tanyanya saya belajar apa di IPG? Saya menjawab, saya belajar ilmu seni. Seni visual. Dia berkerut. Saya terang seni melukis. Apa dia respon dia diam. Apa saya lihat pada wajah dia. Wajah tak selesa, aneh, rimas. Mungkin dia berpegang bahawa seni itu haram.
Pensyarah saya dahulu, Tuan Haji Nazli Hamzah pernah berkata seni ini haram tak haram bergantung pada niat dan pemahaman kita pada seni dan juga agama. ya, ia berkait rapat.
Kita kembali kepada pengenalan.
APA ITU SENI?
Seni itu merupakan istilah benda halus. Halus. Kenapa? Setiap karya ada kehalusannya. Seni tarian silat kita boleh lihat kehalusan dan kehalusan itu mengindahkan lenggok tarian silat. Seni lakonan pula kehalusannya pada intonasi, mimik muka, lontaran suara, energi yang memberi impak setiap bait kata pada lakonan yang menarik agar tidak dipanggil kayu.
Begitulah seni visual. Seni yang memerlukan pemerhatian. Pemerhatian yang mendalam bagi seorang artis. Bak kata S Amin Shahab kepada saya,
Katanya bertapak di hati ialah apabila dia menyebut, "Awak kena memerhati, banyak memerhati, bila memerhati karya dan anda mendapat perhatian manusia dan makin dekat dengan Allah."

Seni visual itu unik. Kita mengolahnya menjadi lebih realistik dengan aliran realisme. Kita boleh juga menjadi ia bergeometri dengan kubisme. Olahan itu pada rasa. Olahan itu manifestasi jiwa seni seorang artis. Seni itu adalah kita. Kita menentukan seni itu bagaimana. Anda jadikan seni dalam diri anda itu bagaimana? Mati? Atau anda siram dan suburkan jadikan ia mekar, mana mana tak cantik anda potong dan gubah menjadikan ia satu bentuk yang anda inginkan.
Selepas ini anda akan ketahui lebih lanjut sejarah seni pra sejarah. Dalam masa yang sama, kami akan kongsi aktiviti seni yang kami jalankan atau tunjukkan tokoh atau artis artis seni pilihan kami yang diketengahkan untuk anda. Salam Jumaat.
Mukaddimah Seni
Reviewed by Awananology Studio
on
December 12, 2019
Rating: 5